Taman Air Splash di Taman Indera Petra Kelantan

Taman Air Splash di Taman Indera Petra Kelantan


Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.

Jika anda menginap di homestay atau hotel yang tiada kolam mandi, tentunya kunjungan ke Taman Air Splash memberikan lebih keriangan kepada anak-anak anda.
Pendek kata, tiada yang lebih menggembirakan anak anak apabila diulit kedinginan air dan ketenangan Taman Air Splash apabila bercuti di Kelantan.

Taman Air Splash sebenarnya salah satu tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan yang tidak ramai mengetahuinya kerana lokasinya agak ‘tersorok’ walaupun berada di bandar Kota Bharu.
Di sini terdapat 3 jenis kolam berdasarkan tahap kedalaman untuk kanak kanak. Walaubagaimanapun, tidak ada kolam yang dalam, paling dalam pun hanya paras pinggang orang dewasa sahaja

Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh pihak pengurusan baru yang penulis jangkakan populariti taman ini akan meningkat berikutan pertambahan pengunjung dari semasa ke semasa.

Apa yang penting, Taman Air Splash ini dijaga dengan rapi yang mementingkan soal kebersihan, keselamatan dan keselesaan.



Semestinya waktu cuti sekolah dan hujung minggu taman ini akan dikunjungi ramai orang, biasanya waktu orang ramai adalah pada waktu petang. Jadi, anda boleh kunjungi lebih awal untuk lebih keselesaan dan mengelakkan dari kesesakan orang ramai.
Taman Air Splash ini satu destinasi santai yang sesuai untuk membawa anak anda mandi manda dan beriadah dengan kos yang sangat rendah dan dijamin puas hati.
Sebagai panduan, berikut adalah maklumat penting sebelum anda berkunjung ke  Taman Air Splash Kota Bharu.

WAKTU OPERASI
Dibuka setiap hari:
10.00 am hingga 1.00 pm (1.00pm hingga 2.00 pm rehat)
2.00 pm hingga 7.00 pm
HARGA TIKET
Ibu Bapa / Penjaga : RM3
Kanak-kanak:
6 Tahun ke bawah: RM5
7 hingga 12 Tahun: RM6
12 Tahun ke atas: RM7
KEMUDAHAN LAIN YANG TERDAPAT DI TAMAN INDERA PETRA
Taman Permainan Kanak Kanak, Surau, Medan Selera, Tandas Awam, Parking
NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
PEJABAT: 09-748 8322
FAX: 09-747 6448
TAMAN INDERA PETRA
BERSEBELAHAN KOTA DARUL NAIM
JLN KUALA KRAI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN.





0 comments:

penyertaan untuk Kelas Asas Silat Gayung Warisan

Kelas Asas Silat Gayung Warisan





penyertaan untuk Kelas Asas Silat Gayung Warisan kini dibuka, -penyertaan terbuka untuk kanak-kanak berumur 5-8 tahun, kelas dibuka pada hari selasa. penyertaan terhad. sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan di pejabat pengurusan kami atau hubungi kami:

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
09-7488322

0 comments:

Majlis Ulang Tahun Splash KE 11

Majlis Ulang Tahun Splash KE 11


Majlis sambutan ulang tahun splash ke 11 akan di adakan pada 1 dan 2 jun 2013 bertempat di taman indera petra.Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.Aktiviti bermula 8.00 pagi hingga 7.00 petang.Semua di jemput hadir beramai - ramai.



0 comments:

KELAS RENANG SPLASH

KELAS RENANG SPLASH



Pendaftaran untuk Kelas Asas Berenang bagi kanak-kanak seawal 4tahun hingga 8tahun dibuka sekarang. Sila daftar sekarang.


Borang Pendafaran Kelas Renang Splash


NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI
09-7488322



0 comments:

Splash Burger

Splash Burger






colek buah, colek capur, kebab n roti john special di taman indera petra

Dibuka dari jam

 9:30mlm-1:00pg.



0 comments:

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013




majlis berbuka puasa bersama PEKA,YAATIM dan Rumah Tunas Harapan di taman indera petra


0 comments:

KIOSK RAMADHAN 2013

KIOSK RAMADHAN 2013


'Kiosk Ramadhan' Penyertaan di buka sekarang bagi yang berminat untuk menyewa tapak untuk berniaga. Jenis jualan yg dibenarkan adalah : makanan kering (biskut,kerepek, kek dsbgnya)/ pakaian wanita, lelaki, kanak2/ aksesori wanita, lelaki dan kanak-kanak/ kasut/ handbag/ tudung/ hiasan rumah dan sebagainya. untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat kami di talian 09 7488322. Terima kasih.



0 comments:

Blogger templates